March 28, 2009

keindahan bersamamu..

subhanallah,kem keindahan bersamamu benar-benar membuka pintu hatiku.kem ni bermula dari hari jumaat pukul 8 pagi hingga hari sabtu pukul 1.30 tengah hari di sekolah menengah al islah.erm rasa macam nak kongsi ja pengalamanya,[tapi sapa baca jangan komen apa-apa].hari jumaat tu kami bermula dengan memperkenalkan fasi-fasi yang akan membantu kami disitu selama 29 jam.untuk banat nama yang diberi sepanjang dalam kem ni ialah ''kasih",manakala bagi banin nama yang diberi ialah"sayang".mula-mula dengaq dia cakap macam manja semacam,ish,rasa macam eeeee..pagi tu kami kena pilih kumpulan dengan buat army yell.macam-macam kawan-kawan bagi pendapat,ada super power la,macam-macam la.pokoknya semua kumpulan army yell depa bes-bes.pastu dah tiba tengah hari,kami semua pi kantin untuk makan,lepas tu banin pon pi solat jumaat di masjid yang berhampiran,kami pulak solat kat dewan sekolah ja.petang tu pulak slot'INTEAM'mula-mula ingat lagu kumpulan inteam ka,dalam kumpulan ka,rupa-rupanya intim dengan sahabat kita.abang achu[fasi yang bertugas dalam slot ni]suruh cari kawan yang paling rapat,aku dengan bes fren aku la,khatrul,he3.pastu dia cakap punya cakap,tibalah masanya untuk membicarakan dari hati ke hati dengan bes fren kita tu,,sedih la masa tu,hu3,semua orang nangis,banin tak tau la,sebab aku bukan tengok pon.sahabat oh sahabat..pastu malam pulak,selesai solat isya',slot 'MENITI ANGIN MALAM 1',dalam slot ni cerita pasai sahabat-sahabat nabi,nabi Muhammad,kebesaran Allah,sumayyah.slot ni berakhir dalam pukul 12,30 kot.pastu slot 'MENITI ANGIN MALAM 2'pulak.dalam slot ni menceritakan tentang mati,yang takutnya,dia bagi kain kapan yang besarnya[erm,entahla]tak pasti,sebab tak ukur pon,untuk tutup mata dan menghayati,takut slot ni,sampai menggeletar tangan aku,hu3,masa tu,aku hanya menyebut ALLAH,mata hanya mampu menitiskan air mata,pastu dengaq suara azan,dia suruh banin dan banat bangun cari suara azan tu,aku bangun tercari-cari dimana suara azan tu,pastu dah jumpa suara azan tu,dia suruh aku duduk,pastu dia suruh bukak ikatan dimata,aku pon bukakla,bukak-bukak ja,terkejut la banin duduk depan aku dengan jenazah kat depan mata,walaupun tak pakai spect masa tu,nampa banin terus aku tengok tempat lain,kawan aku kata napa,takut ka tengok jenazah tu,aku cakapla bukan,banin,ish3.slot ni tamat pada pukul 2pagi,lepas abis ja slot ni,semua orang terus pi tidoq ditempat yang ditetapkan.hari sabtu pulak,bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh.lepas solat subuh,ada senaman sikit,malas la nak buat sebab banin ada kat depan[tapi buat jugak senaman-senaman yang tak susah].lepas senaman,perkhidmatan diri,lepas tu pi makan,abis makan ada slot'KINI DAN HIJRAH'.dalam slot ni dia ada bagikad ucapan yang kita kena tulis 'surat cinta'kita kat ibu bapa kita.aku nengis masa tulis surat tu,sebab rasa begitu banyak jasa dan pengorbanan ibu bapa kita untuk kita,dah abis tulis surat tu,kami disuruh kuar untuk ke dewan,sampai kat dewan tengok ibu bapa dah ramai yang datang,pastu[saat-saat yang begitu sayu buat semua orang]dia suruh kita lari pi kat ibu bapa kita,aku apalagi, pi la kat ibu aku[ayah aku tak mai sebab kursus]peluk dia seerat-eratnya,air mata ni tak dapat ditahan lagi dah,aku terus menangis dan terus menangis,yang lawaknya masa nangis,aku nampak banin kelas aku,dia pon peluk mak dia,bagus-bagus!dia pulak tengok aku nangis ngan ibu aku,masa tu,aku dah tak peduli dah,aku nangis ja.nangis lagi, nampak banin kelas aku yang sorang lagi ni,napa dia tak peluk mak dia,ish3,sian mak dia,mesti mak dia nak peluk dia sangat-sangat..[banin ni,peluk ja la mak dia,nak control macho pon tengok tempat la,bukan suma orang cam ni,segelintir ja]pastu fasi-fasi suruh baca doa kat telinga mak kita,masa tu,barula dia nak peluk mak dia,ish3.abis da penerbangan bersama pesawat KBM 270309 G-14..sekian,wasalam