






lot 0f luv...ain
by ain at Friday, November 13, 2009 0 komen
by ain at Saturday, November 07, 2009 0 komen
by ain at Thursday, November 05, 2009 0 komen
by ain at Wednesday, October 28, 2009 0 komen
kem ANDA BIJAK JAUHI ZINA pd 24 oktober 2009 di bilik seminar PPAI..bnyk ilmu yg ditambah dlm otak..antaranya yg ditulis oleh ain:
4 sbb wanita boleh memasuki mana-mana pintu syurga yg dikehendakinya..
1)menjaga kehormatannya
2)taat pd suaminya
3)solat 5 waktu
4)puasa bulan ramadan
..lg..
KESAN ZINA KPS PENZINA:
~ hilang seri pd wajahnya
~ ditutupkan rezekinya
~ mendapat kemurkaan Allah
~ berkekalan dlm neraka Allah
KESAN BURUK SEMASA DI DUNIA:
# jangkitan penyakit AIDS/HIV
# kesan psikologi dan sosial:-emosi yg kurang stabil
-memusnahkan peluang blajar dan mendpt pekerjaan yg baik
-tercalar maruah keluarga
# terus terjerumus dgn dosa besar:-hati yg kotor cenderung utk jauh dr Allah
-keinginan utk melakukan lg(ketagih)
KESAN BURUK SEMASA DI AKHIRAT:
NERAKA!!
HUKUMAN BG PENZINA:
* belum berkawin
-100 kali sebatan(di Aceh pernah dilakukan hukuman ni)
* berkawin
-direjam smpai mati
..merenungi tujuan hidup kita..
-mengabdikan diri kpd Allah(setiap kali solat..kita besumpah denganya)
-menjalani hidup sebagaimana yg telah Allah perintahkan
BANTULAH DIRI ANDA!!
..mcm mna nk bantu?
1)menjaga solat 5 waktu..
2)sentiasa menjaga kemaluan
3)banyakkan meningati Allah..dgn berzikir
4)berpuasa
5)most important!..sapa teman-teman anda?
6)perbanyakkan aktiviti riadah~dpt mengelakkan diri dr buat perkara tak berfaedah
7)dan..tanamkan dlm diri utk membenci ZINA! serta mengajak org lain membencinya..
faktor yg boleh membawa kps zina:
! berduan laki dgn perempuan
(apabila seorg lelaki bersendirian dgn seorang wanita, yg ketiga itu ialah syaitan)
! bersentuh-sentuhan
! pandangan berahi
! pergaulan bebas
! mengeluarkan perkataan yg membangkitkan berahi
! menonton bahan lucah
! pendedahan aurat
"dikawini wanita kerana 4 perkara iaitu:harta, keturunan, rupa dan agama. kawinlah atas dasar agama, nescaya kamu akan mendapat kebajikan"-sabda Rasulullah SAW.
and lastly.. zina
itu
neraka
azabnya
by ain at Saturday, October 24, 2009 0 komen
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???
by ain at Friday, October 23, 2009 0 komen