March 28, 2009

keindahan bersamamu..

subhanallah,kem keindahan bersamamu benar-benar membuka pintu hatiku.kem ni bermula dari hari jumaat pukul 8 pagi hingga hari sabtu pukul 1.30 tengah hari di sekolah menengah al islah.erm rasa macam nak kongsi ja pengalamanya,[tapi sapa baca jangan komen apa-apa].hari jumaat tu kami bermula dengan memperkenalkan fasi-fasi yang akan membantu kami disitu selama 29 jam.untuk banat nama yang diberi sepanjang dalam kem ni ialah ''kasih",manakala bagi banin nama yang diberi ialah"sayang".mula-mula dengaq dia cakap macam manja semacam,ish,rasa macam eeeee..pagi tu kami kena pilih kumpulan dengan buat army yell.macam-macam kawan-kawan bagi pendapat,ada super power la,macam-macam la.pokoknya semua kumpulan army yell depa bes-bes.pastu dah tiba tengah hari,kami semua pi kantin untuk makan,lepas tu banin pon pi solat jumaat di masjid yang berhampiran,kami pulak solat kat dewan sekolah ja.petang tu pulak slot'INTEAM'mula-mula ingat lagu kumpulan inteam ka,dalam kumpulan ka,rupa-rupanya intim dengan sahabat kita.abang achu[fasi yang bertugas dalam slot ni]suruh cari kawan yang paling rapat,aku dengan bes fren aku la,khatrul,he3.pastu dia cakap punya cakap,tibalah masanya untuk membicarakan dari hati ke hati dengan bes fren kita tu,,sedih la masa tu,hu3,semua orang nangis,banin tak tau la,sebab aku bukan tengok pon.sahabat oh sahabat..pastu malam pulak,selesai solat isya',slot 'MENITI ANGIN MALAM 1',dalam slot ni cerita pasai sahabat-sahabat nabi,nabi Muhammad,kebesaran Allah,sumayyah.slot ni berakhir dalam pukul 12,30 kot.pastu slot 'MENITI ANGIN MALAM 2'pulak.dalam slot ni menceritakan tentang mati,yang takutnya,dia bagi kain kapan yang besarnya[erm,entahla]tak pasti,sebab tak ukur pon,untuk tutup mata dan menghayati,takut slot ni,sampai menggeletar tangan aku,hu3,masa tu,aku hanya menyebut ALLAH,mata hanya mampu menitiskan air mata,pastu dengaq suara azan,dia suruh banin dan banat bangun cari suara azan tu,aku bangun tercari-cari dimana suara azan tu,pastu dah jumpa suara azan tu,dia suruh aku duduk,pastu dia suruh bukak ikatan dimata,aku pon bukakla,bukak-bukak ja,terkejut la banin duduk depan aku dengan jenazah kat depan mata,walaupun tak pakai spect masa tu,nampa banin terus aku tengok tempat lain,kawan aku kata napa,takut ka tengok jenazah tu,aku cakapla bukan,banin,ish3.slot ni tamat pada pukul 2pagi,lepas abis ja slot ni,semua orang terus pi tidoq ditempat yang ditetapkan.hari sabtu pulak,bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh.lepas solat subuh,ada senaman sikit,malas la nak buat sebab banin ada kat depan[tapi buat jugak senaman-senaman yang tak susah].lepas senaman,perkhidmatan diri,lepas tu pi makan,abis makan ada slot'KINI DAN HIJRAH'.dalam slot ni dia ada bagikad ucapan yang kita kena tulis 'surat cinta'kita kat ibu bapa kita.aku nengis masa tulis surat tu,sebab rasa begitu banyak jasa dan pengorbanan ibu bapa kita untuk kita,dah abis tulis surat tu,kami disuruh kuar untuk ke dewan,sampai kat dewan tengok ibu bapa dah ramai yang datang,pastu[saat-saat yang begitu sayu buat semua orang]dia suruh kita lari pi kat ibu bapa kita,aku apalagi, pi la kat ibu aku[ayah aku tak mai sebab kursus]peluk dia seerat-eratnya,air mata ni tak dapat ditahan lagi dah,aku terus menangis dan terus menangis,yang lawaknya masa nangis,aku nampak banin kelas aku,dia pon peluk mak dia,bagus-bagus!dia pulak tengok aku nangis ngan ibu aku,masa tu,aku dah tak peduli dah,aku nangis ja.nangis lagi, nampak banin kelas aku yang sorang lagi ni,napa dia tak peluk mak dia,ish3,sian mak dia,mesti mak dia nak peluk dia sangat-sangat..[banin ni,peluk ja la mak dia,nak control macho pon tengok tempat la,bukan suma orang cam ni,segelintir ja]pastu fasi-fasi suruh baca doa kat telinga mak kita,masa tu,barula dia nak peluk mak dia,ish3.abis da penerbangan bersama pesawat KBM 270309 G-14..sekian,wasalam

March 18, 2009

rindunya..

semalam aku pi rumah tok aku,masa aku sampai tok aku tengah sola isya'.pastu lepas dia abis solat kami pon salam la dia,pastu kami pon sembang-sembang sambil makan bahulu dengn air teh,pastu adik aku y paling kecik main dengan adik aku yang form 2 la ni,,dia gelak,lari sana sini,memang best tengok dia main,,pastu aku teringat,kalau ada wan aku kan best,sebab wan aku tu suka sangat main dengan adik aku yang kecik tu,,cepat-cepat aku sedekahkan al fatihah buat wan aku,,pastu adik aku tu lari la kat tok aku,so tok tanya la kat dia'khozyn,mana wan?'baru aku tau,aku rindu kat wan aku,,

March 8, 2009

hurmm,,lamanya,

rasa lama tak update blog ni,,sori ya yana,khatrul n virdaus,, takdan nak bukak n nak post apa apa minggu lepas,,hu3,,
ujian dah tiba,sekarang nampaknya,buku senantiasa ada di tangan pelajar sek men al islah,,termasuk la orang yang menulis blog ni,,hi3,,sejarah tadi baca n nak fahamkan memang mencabar minda,,aduh,,tapi tak pa,,nak belaja kena susah dulu,baru senang kan,,baru bab 1,,dah sakit kepala,,sains,,tak pa la jugak,,senang jugak,,ermm,,nak cakap pa lagi,,tak tau dah nak cakap pa,,setakat ni dulu ya,,assalamualaikum,,

March 3, 2009

kawan-kawanku,,


aku dan bes fren aku ada terima surat dari...dari sapa tu,,yang penting bukan dari yang bukan mahram kami,,dari kawan kami jugk,,yang kini dah keluar dari islah,,ke sekolah khir johari,,dalam surat tu banyak cerita yang dia kongsikan dengan kami berdua,,rasa sedih sangat bila teringtkan dia,,rindu,,dia diantara kawan-kawanku yang banyak menolong aku ketika aku dalam keadaan resah,,

kawan-kawanku,,antum semua adalah yang amat ok yang aku penah jumpa,,tak kita yang tak sama kelas ka,,sama kelas ka,,taun depan ramai yang nak kuar dari islah,,alahai islah,,aku akan tetap bersamamu,,setelah kau mendidik aku,,erti seorang muslimah,,

yaAllah,,rahmatilah,, berkatilah hidup kawan2 ku,, redhailah amal soleh kawan2 ku,,walau dimana mereka berada sekalipon,,amiin..

hujan,,lebatnya,,




hari isnin 2,,,alkisahnya cam ni,,masa kami tengah makan pon hujan macam dah nak turun,,kan tusyen,,makan la bagi time blaja tak mengganggu,,ingat kan tusyen nak buat kat kelas,,tengok-tengok buat kat bilik seminar,,ok la,,dipendekkan cerita,,tetiba hujan turun,,yang banat ni,,alamak hujan turun,,beg kat luar,,mesti basah punya,,buku baru pulak dalam beg,,adoi,lalu berkata la seorang banat yang bernama ain,,kata kepada rakan di sebelahnya,,weii,,cakap kat mlh,,nak angkat beg jap,,mlh pon kata,,pi la,,kami semua pon keluaq la dari bilik seminar dengan tujuan untuk mengankat beg sekolah agar tak basah ditimpa hujan,,yang lawaknya[bagi aku la]semua pi letak beg kat tangga,,sebab kat situ tak kena hujan lagi,,lepas semua dah alih beg,,pakat masuk dalam bilik seminar,,bila kami masuk,,banin ada dalam bilik seminar tu,,aku pikiaq-pikiaq,,depa ni letak beg kat mna?tak pi aluh pon,,lepas tu,,hujan kedengaran semakin lebat,,alamak,,begggg,,bukuuuu,,tidakkkk,,aku ngan kawan-kawan keluar dari bilik tersebut buat kali yang kedua,,banin pon keluar jugak[aik..tadi buat don know ja]tengok2,,basah dah beg skolah kami,,,kasut macam kapai karam,,kaki kami ni jadi ikan nemo ja dlm kasut skolah tu,,ishh,,lebat sungguh hujan hari tu,,